Sunday 7 August 2011

*Hari Ke-6 Ramadhan Yang 'Special'*

  Assalamualaikum readers. Macam mana posa? Ok tak? Still standing? Haa, masuk harini, dah masuk seminggu kita menunaikan salah satu rukun islam yg wajib kita buat. Harap-harap kita tak la dapat lapaq n dahaga ja taw. hehe. Insyaallah.

  Oke, semalam baru ja pi bukak posa dengan member2 se'taman' kat tanjung. Menu kami memang terlioq oo.Tomyam campoq yang kaw habes, ikan siakap puteh bakaq yang fresh, kerang yang banyak nak mampus n teloq dadar a.k.a omelet (bahasa omputeh sat). Ayaq lak, standard ayaq orang bujang; teh o ais n skyjuice. Memang perghh wa cakap lu. Hehehe. Thanx to Arep, Bad, Jat n Afiq sebab ajak aku sekali.

  Sambil2 nak tunggu juadah berbukak tu siap, kami pi la lepak kat tepi jeti yang memang ngeri kuasa infiniti. Mana taknya, jeti tu dahla kayu yang dah nak reput, siap bole goyang2 lagi. Memang dok terbayang reban dah jeti tu. haha.


  Ha, nampak tak lantai kayu tu? Serius wa cakap, tersepak sikit pun dia dah teralih. Hahaha, so apa lagi, memang jalan terkemut-kemut r. Hahaha.

  View kat sana memang best! Mula2 ingatkan bole la layan sunset sat. Tapi ada bukit lak tepi jeti ni. So, memang terlindung terus dari nampak sunset. Agak kecewa di situ. Tapi takpa, view laut dia memang bez. Tambah2 angin petang plus angin laut dia memang sepoi2 bahasa. Senang kata, mudah ja nak terlentok kat situ. Tapi pkiaq gak r, sedap2 dok guling kat situ, masuk laut plak. Kan susah. Hahaha..


  Nak lentok tak bley. So, lepak2 pun jadi la sambey2 dok tengok uncle chinese tu dok tangkap ikan. Kalau tak silap, dia ada dapat ketam batu katanya. Dia kata xbleh makan. So, dia tauk balik masuk laut.



  Dah penat duduk2 (penat ka duduk2? haha, saja ngada2) ,kami pi la balik restoran yang kami pi tadi ni. Ingatkan dah bole melantak tros, rupa2nya masak pun belom! Adeh, memang malang gila. Nasik putih lak abes. Memey sedey tahap infiniti. Mana taknya. Orang nak bukak puasa kat situ pun ramai. Tunggu punya tunggu, dapat la kami makan, finally. Fuhh~ Yang tak bley blahnya, kami start makan time orang dok azan isyak dah. Hahaha, perot kami masa tu memang kluaq habeh bunyi irama pop yeyeh. Btw, gambaq makanan tak di ambil oke sebab photog bertugas sedang khusyuk menjamu selera. Sedaq2 makanan dah habeh. Hahaha..

  Bila pikiaq2 balik, bagus gak jadi cmtu. At least kami ada la jugak something yang boleh buat jadi kenangan sebab tak lama lagi suma pakat nak masuk U dah (cey, bangga seketika. haha) Nanti, memang akan busy balik dengan study lepas cuti yang lama ni. Waktu2 yang ada sekarang ni la kami nak bermanja2 n bercanda2 (sila jauhkan fikiran kuning ya. hehe)
So, i juz wanna shout out loud to everyone out there, appreciate betul2 masa2 yang ada dengan member2 sebab kita taktau whether ada tak lagi oppurtunity macam yang kita ada sekarang. Remember, tanpa kawan siapa lah kita. Peace. -Fmy-

P/S: First time bawak kluaq my camera back since 'insiden Bukit Gantang'..Hehehe~ (Trauma daa...)

No comments:

Post a Comment